top of page

Ketegangan AS-China: Sikap neutral Malaysia berpotensi jadi destinasi pelaburan


Pendirian Malaysia yang bersikap neutral dalam geopolitik global berpotensi menjadikan negara ini sebagai salah satu destinasi "China Plus One" di tengah-tegang ketegangan perdagangan Amerika Syarikat(AS) - China.


Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia mampu menjadi destinasi pelaburan bagi syarikat-syarikat luar negara yang ingin mengurangkan kebergantungan terhadap China.


"Pada masa yang sama, dengan pengenaan tarif oleh AS ke atas barangan China, syarikat-syarikat China mencari pasaran alternatif, dan Malaysia boleh mengambil peluang untuk menarik pelaburan dan eksport dari China ke Malaysia.


"Dalam aspek pelaburan, ketidakpastian dalam hubungan perdagangan AS-China mendorong syarikat-syarikat multinasional untuk mencari lokasi pengeluaran alternatif di negara negara serantau, termasuk Malaysia," katanya dalam jawapan pertanyaan lisan kepada soalan Datuk Amiruddin Shari (PH-Gombak) pada sidang Dewan Rakyat.


Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor mengemukakan soalan mengenai langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjamin kelangsungan syarikat dan industri berkepentingan utama supaya tidak menjadi mangsa perang perdagangan khususnya antara Amerika Syarikat dan China.


Tengku Zafrul berkata keadaan geopolitik itu menggalakkan pembangunan ekonomi, pembangunan infrastruktur, penciptaan pekerjaan, peningkatan kemahiran tenaga kerja serta mempercepatkan pemindahan teknologi ke dalam negara.


"Situasi geopolitik dan perang perdagangan telah mewujudkan keperluan untuk memastikan rantaian bekalan sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan kekal berdaya tahan dan teguh bagi mencapai kesinambungan perniagaan melalui pelbagai usaha dalam negara dan di peringkat antarabangsa," katanya.


Terdahulu Tengku Zafrul berkata ketetapan yang diterbitkan pada 17 Oktober 2023 di bawah Peraturan-Peraturan Pentadbiran Eksport telah menarik perhatian terhadap langkah Amerika Syarikat membendung saingan geopolitiknya dengan beberapa siri

tarif ke atas barangan China yang dieksport ke AS.


Jelasnya ia melibatkan kawalan eksport ke atas pengkomputeran lanjutan, peralatan pembuatan semikonduktor dan penggunaan akhir superkomputer.


"Ini telah membimbangkan segelintir pemain industri dan ia berpotensi mengganggu rantaian bekalan di peringkat global," ujarnya.


Pada Mei 2024, Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat telah bercadang mengenakan peningkatan tarif sebanyak 25% hingga 100% terhadap beberapa sektor strategik termasuk alat ganti bateri (bateri bukan berasaskan litium-ion), kenderaan elektrik, pelitup muka, bateri kenderaan elektrik litium-ion, semikonduktor, produk sel solar, sarung tangan perubatan, mineral kritikal, produk keluli dan aluminium.


"Setakat ini, tarif baharu yang dicadangkan belum lagi dikenakan memandangkan proses ini melibatkan pemberitahuan awam, tempoh untuk komen dan maklum balas, dan semakan lanjutan sebelum tarif baharu boleh berkuat kuasa," ujarnya.


Bagaimanapun, memandangkan Malaysia hanya mematuhi sekatan pelbagai hala oleh Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebarang sekatan unilateral oleh AS tidak akan mengikat Malaysia untuk melakukan perkara yang sama, katanya.


"Bagaimanapun, syarikat AS di Malaysia terikat dengan kawalan ini kerana syarikat induk yang berlokasi di AS boleh dikenakan tindakan berhubung pelanggaran terhadap sekatan AS," katanya lagi.

0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page