top of page

KESUMA tetapkan matlamat sifar kecederaan, kematian di tempat kerja

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 4 hours ago
  • 2 min read

Steven Sim merasmikan hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan 2025
Steven Sim merasmikan hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan 2025

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menetapkan matlamat "Zero Vision" bagi mencapai sifar kemalangan, kecederaan, dan kematian di tempat kerja.


Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, insiden kecederaan dan kehilangan nyawa di tempat kerja bukan sahaja mendatangkan impak kepada keluarga tetapi juga kerugian dari segi kewangan.


"Sebagai Menteri, saya telah melawat keluarga mangsa yang terkorban di tempat kerja dan saya rasa perkara ini harus dihentikan.


"Kita perlu tegas dari segi undang-undang. Isu-isu iklim, perniagaan dan ekonomi tidak boleh dijadikan alasan untuk menindas pekerja," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Peringkat Kebangsaan 2025 di Universiti Multimedia di Cyberjaya pada Isnin.


Mengulas lanjut Sim memberitahu, KESUMA menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah melaksanakan pelbagai inisiatif dan langkah penguatkuasaan bagi memastikan matlamat itu boleh dicapai.


Hasil usaha yang dilakukan menunjukkan, sepanjang 2014 hingga 2024 kadar kecederaan di tempat kerja telah turun 17% manakala insiden kematian pula menurun hampir 40%.


"Antara inisiatif termasuk lebih 100 penambahbaikan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), termasuk peluasan skop ke semua sektor, kewajiban melantik penyelaras keselamatan di tempat kerja dengan lebih lima pekerja, serta peningkatan denda maksimum dari RM50,000 kepada RM500,000.


"Malaysia juga telah meratifikasi Konvensyen C155 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang memberi hak kepada pekerja menjauhkan diri daripada tempat kerja tidak selamat," tambahnya.


Selain itu jelasnya, JKKP kini telah mengadaptasi penggunaan dron berteknologi AI untuk memantau tapak pembinaan.


Sepanjang tahun lalu, lebih 800 penerbangan pemantauan telah dijalankan dan sebanyak 119 notis berkaitan keselamatan telah dikeluarkan.


"Selain itu, JKKP telah membangunkan sebuah Makmal Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) pada Oktober tahun lepas bagi meningkatkan kecekapan dalam bidang forensik, penyiasatan, latihan dan penguatkuasaan.


"Usaha ini mempercepat siasatan forensik, mengurangkan keperluan lawatan fizikal, serta memudahkan latihan pegawai baru secara lebih selamat dan kos efektif," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page