top of page

KESUMA sasar perkenal perundangan SKBBK tahun ini



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyasarkan untuk memperkenalkan undang-undang berkaitan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) pada tahun ini.


Menterinya Steven Sim berkata, akta itu telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada tahun lepas dan ketika ini kementeriannya dalam proses meminda akta tersebut.


"SKBBK bukanlah satu perkara baharu kerana ia telah lama dibincangkan, bukan sahaja oleh kerajaan terdahulu tetapi juga oleh ahli-ahli kesatuan sekerja yang melihatnya sebagai satu skim keselamatan sosial yang penting.


"Mereka melihat terdapat kepentingan skim ini dalam menyediakan perlindungan bukan sahaja sewaktu pekerja berada di tempat kerja tetapi juga apabila berlaku musibah di luar waktu pekerjaan," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan Exco Sumber Manusia Negeri di Putrajaya pada Khamis.


SKBBK bertujuan memberi perlindungan 24 jam sehari dalam tempoh tujuh hari seminggu kepada pekerja dengan meliputi kemalangan di luar waktu kerja termasuk kemalangan dalam perjalanan yang tidak berkaitan dengan pekerjaan itu.


Ia merupakan satu mekanisme perlindungan sosial dalam menangani cabaran risiko berkaitan kerja dan risiko di luar waktu kerja terutama bagi pekerja yang terlibat dengan aturan kerja anjal atau aturan kerja fleksibel (FWA).

Sementara itu sebagai mengulas mesyuarat yang dihadirinya semalam berkata, ia sebagai satu platform bagi memastikan penyelarasan yang lebih efektif antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam pembangunan sumber manusia.


Pelbagai isu berkaitan sumber manusia telah dibincangkan, termasuk dasar dan strategi bagi meningkatkan gaji pekerja serta perlindungan keselamatan sosial.


Tiga kertas pembentangan telah dikemukakan, antaranya oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berkaitan maklumat terkini mengenai tiga skim utama, termasuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR), dan SKBBK.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page