top of page

KESUMA rangka strategi tangani isu guna tenaga tidak penuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 10, 2024
  • 1 min read


Satu strategi jangka masa panjang sedang dirangka Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sebagai usaha untuk membina pembangunan tenaga kerja yang mampan untuk masa hadapan.


Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata langkah itu bertujuan untuk menangani isu guna tenaga tidak penuh (underemployment) yang semakin meruncing dalam kalangan graduan tempatan yang jika tidak ditangani segera berpotensi menjadi masalah jangka panjang yang serius bagi negara.


"Semenjak pandemik, isu guna tenaga tidak penuh telah meningkat dengan ketara. Pada suku tahun kedua tahun ini, kadar guna tenaga tidak penuh mencatatkan 37%, berbanding 32.8% pada suku tahun kedua 2019.

"Bakat yang sepatutnya ditempatkan dalam industri berkemahiran STEM dan TVET atau di universiti kini tidak berada di tempat yang sepatutnya.


"Ramai graduan kekurangan maklumat dan kemahiran khusus, seperti kemahiran insaniah yang diperlukan untuk transisi dari pengajian ke pekerjaan," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke program YES! Rock the School Mega Penang 2024 disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia di Nibong Tebal pada Isnin.


Inisiatif itu bertujuan untuk melengkapkan anak-anak muda dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam laluan kerjaya mereka, seterusnya memperkukuh tenaga kerja masa hadapan

"Dianggarkan 5% daripada tenaga kerja iaitu kira-kira 750,000 pekerja, berada dalam kategori guna tenaga tidak penuh.


"Sekiranya produktiviti mereka berkurang sebanyak 20% kerana kemahiran yang tidak sesuai, negara tegasnya mungkin kehilangan produktiviti setara dengan 150,000 pekerja.


"Ini berpotensi menyebabkan penurunan pertumbuhan KDNK sebanyak satu hingga 1.5 peratus atau sekitar US$ 4.2 bilion hingga AS$ 6.3 bilion dalam output ekonomi setiap tahun," tambahnya lagi.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page