top of page

KESUMA rancang tubuh pusat sehenti, mudah urusan isu pekerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus berusaha memperkasa kebajikan golongan pekerja di negara ini.


Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, kementerian itu kini dalam rancangan untuk mewujudkan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja yang akan menambah baik sistem sokongan kepada pekerja.


"Kita akan menggabungkan semua perkhidmatan ini di bawah satu bumbung bagi memudahkan pekerja dan juga majikan termasuk pengurus sumber manusia.


"Jadi kalau ada isu berkaitan buruh di negara ini, mereka boleh terus ke pusat sehenti tersebut," katanya dipetik dalam satu acara Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Bukit Mertajam pada Ahad.


Majlis itu dihadiri kira-kira 1,000 tetamu termasuk para pemimpin parti negeri di bawah Kerajaan Perpaduan termasuk Ketua Menteri Chow Kon Yeow.


Sementara itu tambah Steven Sim, pengumuman mengenai usaha terbaharu itu akan dimaklumkan tidak lama lagi.


"Pusat sehenti ini akan diwujudkan di seluruh negara, namun projek perintis ini akan dimulakan di Pulau Pinang.


"Saya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri berhubung perkara ini," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page