top of page

KESUMA peruntukkan RM9 juta untuk latihan percuma OSH-C



Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bakal memperuntukkan RM9 juta dalam Program Latihan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan (OSH-C).


Peruntukan itu bagi melatih 10,000 pekerja daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara untuk menjadi pekerja terlatih sebagai OSH-C berdaftar.


Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, selain itu ia bagi membantu majikan mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang mewajibkan mereka mempunyai lima atau lebih pekerja untuk melantik atau menggaji seorang yang terlatih sebagai OSH-C berdaftar.


"Setiap syarikat perlu ada seorang kordinator OSH, dan kita faham mungkin syarikat kecil itu mungkin mereka rasa ada kos tambahan, nak pergi kursus tu sekurang-kurangnya RM1,000 seorang. Jadi kita tawarkan secara percuma," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke Majlis Pra Pelancaran Program ASEAN Safety And Health Workers Summit (ASEAN OSH SUMMIT 2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Selasa.


Sim sementara itu menjelaskan, program tersebut akan dilaksana secara percuma menerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).


Sehubungan itu mana-mana pihak yang berminat untuk memohon boleh menghubungi melalui talian hotline, mengunjungi pejabat dan laman web NIOSH.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page