top of page

KESUMA bawa syor kadar gaji minimum baharu ke Kabinet



Syor mengenai kadar gaji minimum yang baharu dijangka dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet bulan depan, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.


Beliau berkata, pihak kementeriannya sudah menerima menerima laporan dan syor kadar gaji minimum baharu daripada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipengerusikan Tan Sri Zainal Rahim Seman.


KESUMA juga katanya telah mengedarkan kertas Kabinet kepada kementerian berkaitan untuk diberi ulasan berhubung kadar gaji baharu itu.


"Kita akan bentang kertas Kabinet untuk pertimbangan dan keputusan di peringkat Kabinet tentang kadar gaji minimum baharu.


" ... pembentangan (dalam mesyuarat Jemaah Menteri) mungkin dilaksanakan dalam bulan September," kata beliau dipetik.


Sebelum itu, Steven Sim hadir ke Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ke-27 pada Sabtu.


Pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelarasan gaji bagi golongan penjawat awam.


Melalui ucapannya beliau turut menyeru sektor swasta terutama syarikat yang mencatatkan keuntungan tinggi, meneliti semula skim gaji bagi memberikan imbuhan yang lebih munasabah kepada pekerja-pekerja.


KESUMA sebelum ini memaklumkan, pihaknya akan mengkaji semula gaji minimum yang kali terakhir disemak pada Mei 2022 dengan kenaikan daripada RM1,200 kepada RM1,500.

0 comments

Komentar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page