top of page

KESUMA bakal perkenal Kerangka Dasar Sumber Manusia



Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan bakal diperkenal bagi memacu misi strategik 3K (kebajikan, kemahiran dan keberhasilan).


Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim Chee Keong berkata, dasar julung kali diadakan itu mengandungi Tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, Lima Pemacu Perubahan dan Dua Pemangkin Dasar bagi mengangkat martabat pekerja di Malaysia.


"Kerangka dasar ini merangkumi isu-isu penting berkaitan pekerja seperti pampasan upah yang lebih lumayan, kesejahteraan pekerjaan, gerakan kesatuan sekerja, perlindungan keselamatan sosial yang lebih menyeluruh, tenaga kerja golongan rentan seperti wanita, warga emas dan golongan kurang upaya (OKU).


"Ia juga turut membabitkan hal ehwal pekerja sektor gig, isu-isu berkaitan latihan kemahiran, ketidakpadanan pekerjaan, tenaga kerja asing, kesan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) ke atas pasaran kerja dan sebagainya," katanya berucap pada Sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.


Steven Sim sementara itu menjelaskan, kerangka dasar itu dihasilkan selepas mengambil kira maklum balas pemegang taruh dan orang ramai melalui sesi libat urus, kumpulan tumpu bincang, town hall dan portal kaji selidik dalam talian.


Ia seterusnya akan menjadi panduan bagi menghasilkan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang lengkap menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.

0 comments

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page