top of page

Kesepakatan PETRONAS-PETROS: Kemakmuran hasil petroleum kepada Sarawak



Oleh: Akmal Manaf


Kesepakatan yang tercapai antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), dilihat sebagai komitmen bersama untuk pembangunan tenaga lestari, pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sarawak serta Malaysia secara keseluruhan.


Seiring peningkatan pendapatan PETROS dan perbendaharaan Sarawak secara keseluruhan, Senator Abun Sui Anyit menggesa agar pengagihan hasil itu dilaksanakan dengan adil di seluruh negeri tersebut tanpa mengabaikan kawasan luar bandar dari segi pembangunan infrastruktur.


Ujarnya, PETRONAS dan PETROS telah berjaya menamatkan rundingan mengenai perjanjian komprehensif yang bertujuan untuk memperkukuhkan rangka kerja pengagihan gas negeri tersebut.


''Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, PETRONAS akan mengekalkan semua kewajipan kontrak domestik dan antarabangsa yang sedia ada serta memastikan kestabilan dan keyakinan dalam sektor tenaga.


''Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Tun Openg pula optimis terhadap perjanjian ini sambil menyatakan ia merupakan langkah penting ke arah kemandirian yang lebih besar dalam menguruskan sumber semula jadi negeri tersebut dan mengekalkan hubungan kerjasama dengan PETRONAS.


''Penganalisis meramalkan bahawa kesan terhadap pendapatan PETRONAS (secara keseluruhan) adalah minimum, dengan anggaran penurunan dijangka tidak lebih daripada 11 peratus,'' katanya menerusi satu kenyataan.


Dalam pada itu, Abun yang juga Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang turut menyorot semula perjanjian antara dua syarikat petroleum berkenaan, termasuk hak ke atas perniagaan gas memasak untuk kegunaan domestik.


''Pertama mengenai hak pengagregatan gas. PETROS dilantik sebagai satu-satunya pengagregat gas Sarawak, memastikan sistem pengagihan lebih teratur dan cekap untuk keperluan domestik negeri tersebut.


''Kedua adalah daripada segi jaminan bekalan yang menyaksikan perjanjian ini menjamin PETROS sehingga 1.2 bilion kaki padu gas asli setiap hari, dengan peruntukan bekalan tambahan berdasarkan keperluan masa hadapan, sekali gus memastikan keperluan tenaga Sarawak terjamin.


''Seterusnya berkaitan rangka kerjasama, kedua-dua entiti telah komited untuk menggunakan pendekatan berunding, memupuk prinsip komersial yang telus dan manfaat bersama dalam semua usaha masa depan.


''Implikasi untuk sektor tenaga pula menyaksikan perjanjian ini mewakili satu perkembangan penting dalam landskap tenaga Malaysia, yang seimbang dengan aspirasi Sarawak untuk kawalan yang lebih besar terhadap sumber, sambil memastikan perpaduan nasional dan kestabilan pelaburan,'' ujarnya lagi.


Pada 7 Januari lalu, Anwar berkata isu berkaitan PETRONAS dan PETROS mengenai hak pengedaran gas di Sarawak telah diselesaikan melalui beberapa siri rundingan termasuk pertemuannya dengan Abang Johari pada 1 Januari tahun ini.


Beliau berkata, walaupun PETROS telah diberikan kuasa sebagai agregator gas, ia tidak akan mengganggu operasi sedia ada PETRONAS.


"Petronas mengekalkan kuasanya di seluruh negara tetapi membenarkan Sarawak mengawal pengedaran gas untuk tujuan domestik. Ini menunjukkan kerjasama antara kedua-dua entiti,'' kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page