top of page

Keselamatan wanita dipersoal, pemandu e-hailing ada rekod jenayah



Srikandi KEADILAN Selangor, J. Karen Kasturi meluahkan rasa bimbang terhadap laporan media baru-baru ini berhubung seorang wanita disamun dan dicabul dalam kenderaan e-hailing oleh pemandu kenderaan tersebut sewaktu perjalanan pulang dari kerja yang dianggap amat merungsingkan.


Mengikut latar belakang kes tersebut, mangsa berumur 23 tahun itu menaiki kereta Perodua Axia yang dipandu suspek lelaki dari tempat kerjanya di Solaris Hartamas ke rumahnya di Sungai Besi.


Tetapi mangsa dibawa melalui laluan yang berbeza hingga tiba di kawasan lain lalu mangsa ditarik tangan sehingga jatuh terbaring dan suspek menindih badannya dan menutup mulutnya.


Dalam pergelutan dengan suspek, mangsa berjaya melarikan diri dan meminta bantuan. Hasil siasatan awal polis mendapati suspek mempunyai kes rekod jenayah.


"Bagaimana seorang yang mempunyai rekod jenayah dapat menjadi pemandu e-hailing yang memberikan perkhidmatan awam kepada masyarakat umum dan kenapa perkhidmatan e-hailing tersebut gagal untuk mengenal pasti terlebih dahulu yang suspek mempunyai rekod jenayah sebelum ini?" soal Karen.


"Saya ingin mengingatkan dan menyeru pihak bertanggungjawab perkara ini harus diambil serius kerana perkhidmatan awam seperti pemandu e-hailing melibatkan keselamatan masyarakat awam terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak," katanya.


Karen mengakui, beliau tidak mahu melihat lagi kes seperti seorang jurutera komputer, arwah Noor Suzaily Mukhtar, 24 tahun yang diperkosa, diliwat, dipukul, dihentam dan dicekik sehingga mati dalam bas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 11 tahun lalu oleh pemandu bas yang merupakan bekas banduan.


"Perogol dalam kejadian ini juga merupakan seorang bekas banduan dan rekod polis pada ketika itu menunjukkan dia dicari untuk kes rogol lain yang dilakukannya sebelumnya dan juga pernah disabitkan untuk kes rompakan. Kejadian ini berlaku, 10 hari selepas perogol tersebut mula bekerja dengan syarikat bas berkenanan.


"Saya tidak mahu sejarah kejam sebegini berulang kembali. Walaupun 11 sudah berlalu, persoalannya tetap sama, bagaimana perogol arwah Noor Suzaily yang juga mempunyai rekod jenayah pada masa itu dapat menjadi pemandu bas yang memberikan perkhidmatan awam kepada masyarakat dan kita masih mempersoalkan perkara yang sama dalam kes yang membabitkan pemandu kenderaan e-hailing baru-baru ini yang juga mempunyai rekod jenayah sebelum ini," katanya.


Karen juga menganggap, peristiwa terbaru ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan termasuk semua kementerian-kementerian berkenaan gagal mencari satu jalan penyelesaian yang wajar dan berkesan dalam isu -isu sebegini yang melibatkan keselamatan masyarakat awam khususnya golongan wanita dan kanak-kanak.


"Kegagalan kementerian-kementerian terbabit sebenarnya dari hari ke hari cuma merisikokan keselamatan masyarakat terutamanya golongan-golongan wanita dan kanak-kanak. Tidak wajar, kerajaan cuma menggalakkan wanita keluar bekerja tetapi gagal menyediakan satu persekitaran/perkhidmatan awam yang selamat.


"Saya menggesa Kerajaan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM) Rina Harun, untuk segera berusaha dengan efektif dalam mencari satu penyelesaian yang wajar, Kerajaan dan KPWKM bertanggungjawab sediakan “payung sebelum hujan” terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan keselamatan masyarakat khususnya wanita dan kanak-kanak," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page