top of page

Keselamatan pusat tahfiz: Persekutuan adakan sesi libat urus dengan negeri



Kerajaan Persekutuan sudah melaksanakan sesi libat urus dan perbincangan bersama semua kerajaan negeri berkaitan langkah mengatasi isu keselamatan khususnya isu kebakaran membabitkan pusat tahfiz.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, ditemui pemberita pada satu acara di Kota Kinabalu pada Isnin berkata, ada beberapa inisiatif sedang diusahakan pihaknya untuk diselaraskan dengan kerajaan negeri.


"Ada beberapa inisiatif sedang kita usahakan dan diselaraskan dengan semua kerajaan negeri. Di antaranya pendaftaran dan juga ada aspek teknikal di mana yang itu sedang dilakukan.


"Cuma untuk mengumumkan (inisiatif) masih dalam proses. Kita menghormati kuasa negeri kerana perkara berkaitan hal ehwal pendidikan Islam adalah tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing," katanya dipetik.

Dr Zulkifli sebelumnya merasmikan Program Seminar Kefahaman Madani bertempat di University College Sabah Foundation (USCF)


Dalam pada itu beliau menegaskan, sesi libat urus dilaksana bukan hanya untuk menyelesaikan isu pendaftaran dan bantuan kewangan untuk pusat pengajian terbabit, sebaliknya untuk memastikan keselamatan pelajar tahfiz menjadi fokus utama.


"Faktor keselamatan perlu diutamakan kerana membabitkan nyawa anak-anak (pelajar tahfiz), kita akan cuba pastikan segala yang kita kehendaki itu memenuhi aspek keselamatan.


"Dari aspek pentadbiran kita sudah lakukan, dari segi perundangannya pun kita cuba lakukan. Hal ini disebabkan Isu ini bukan isu picisan dan terpinggir," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page