top of page

Kesedaran Siber: Pertahanan Serangan Siber, Kemenangan Negara



Oleh: M Jay Raj dan Muhammad Azha Salahudin


ULASAN: Di era dunia digital yang pesat ini, kesedaran terhadap ancaman siber bukan lagi merupakan kemewahan tetapi satu keperluan mendesak bagi setiap individu dan entiti termasuklah di negara kita.


Oleh itu, Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan Malaysia mengiktiraf kepentingan utama untuk mewujudkan keupayaan siber yang kukuh bagi menangani cabaran semasa dalam arena siber.


Kesedaran siber tangani ancaman


Penggunaan teknologi telah membuka peluang tanpa batas tetapi juga mengundang ancaman yang amat serius. Untuk itu, kesedaran siber adalah tumpuan utama dalam menangani ancaman ini.


Pengiktirafan taktik-taktik serangan yang mungkin dilakukan adalah langkah penting bagi mencegah sebarang kemungkinan serangan yang akan berlaku. Dengan pengawasan keselamatan siber yang berterusan dan pemantauan yang cermat, kita dapat mengimbangi ancaman-ancaman tersebut.


Selain itu, memperkuatkan sistem pertahanan adalah kunci untuk mengawal dan mengekalkan keselamatan negara dari sebarang serangan siber.


Langkah-langkah kritikal harus diterapkan dengan segera bagi membanteras ancaman ini dengan memastikan sistem dan infrastruktur siber negara kita kekal dilindungi.


Kerjasama awam, swasta kukuh keselamatan data


Kerjasama antara sektor awam dan swasta turut penting dalam memperkukuhkan keselamatan data. Semangat kolaborasi ini dapat memastikan pemantauan yang lebih holistik serta pelbagai perspektif dalam menghadapi cabaran siber.


Sehubungan itu, Biro Pendidikan AMK telah menjalankan program latihan pertahanan siber bersama dengan beberapa NGO dan pihak swasta untuk memantapkan persediaan anak muda menghadapi ancaman siber semenjak awal tahun ini.


Kesedaran siber bukan sekadar menjadi trend atau perbualan semata-mata dan ianya adalah keutamaan.


Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyeru kepada semua untuk menjadikan kesedaran siber sebagai pangkalan pertahanan negara kita dan memastikan masa hadapan yang kukuh serta selamat dari sebarang ancaman siber.


________________________________________________________________________________

M Jay Raj P. Muresh merupakan Timbalan Ketua Biro Pendidikan AMK Malaysia yang juga Pengamal Sekuriti Siber. Manakala Muhammad Azha Salahudin adalah Naib Ketua Biro Pendidikan AMK Malaysia dan Jurucakap Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR)

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page