top of page

Kesalahan hasutan: Iswardy Morni didenda RM5,000


Iswardy (berseluar putih, tengah) bersama para penyokong di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Pengarah Strategi Jawatankuasa Pilihanraya Negeri KEADILAN Sarawak, Iswardy Morni hari ini didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong empat tahun lalu.


Keputusan itu diputuskan oleh hakim Datuk MM Edwin Paramjothy selepas mendapati Iswardy bersalah di atas kesalahan berkenaan.


Bagaimanapun Edwin berkata, tertuduh dikenakan hukuman denda kerana ini merupakan kesalahan pertamanya.


"Setelah meneliti semua pertimbangan yang relevan dan dalam usaha untuk mencapai hukuman yang mencerminkan kedua-dua elemen pencegahan dan pemulihan, saya mendapati kadar itu adalah bersesuaian," katanya dipetik.


Pada 30 Disember tahun lalu, mahkamah mendapati Iswardy bersalah namun menetapkan Khamis untuk mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan yang mewakili Iswardy sebelum menjatuhkan hukuman.


Iswardy dikenakan pertuduhan di bawah Akta Hasutan kerana bercakap tentang kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa itu dan menggesa negara dibuka semula kerana Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyukarkan kehidupan rakyat ketika pandemik Covid 19 (2020 - 2021).


Pada 1 Jun 2021 lalu, Iswardy didakwa mengeluarkan kenyataan melalui Facebook dengan nama Iswardy Morni Official, dengan menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan bagi mendatangkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page