top of page

'Kesal Kerajaan Pas T'ganu tidak benar wakil Kerajaan Perpaduan sambut PM'



Penderitaan rakyat Terengganu akibat musibah banjir besar yang melanda negeri itu sewajarnya meredakan suhu politik antara Perikatan Nasional dan Kerajaan Perpaduan.


Malangnya, kata Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Wan Mohd Hasbi Haliq Wan Ahmad pemimin Kerajaan Negeri di bawah Pas tetap bermain politik apabila wakil daripada Pakatan Harapan dan Barisan Nasional tidak dibenar menyambut ketibaan Perdana Menteri di lapangan terbang pagi tadi.


"Pemuda AMANAH Terengganu kesal dengan tindakan pemimpin Kerajaan Negeri yang menghalang wakil Kerajaan Perpaduan, termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Senator Hasbie Muda daripada bersama sama PM menghadiri sesi taklimat berkaitan lawatan banjir di negeri ini.


"Perdana Menteri hadir ke Terengganu dengan niat yang jelas untuk meninjau keadaan mangsa banjir dan memastikan bantuan dapat disampaikan dengan berkesan.


"Namun, tindakan pihak Kerajaan Negeri yang tidak memberikan kebenaran kepada wakil Kerajaan Persekutuan untuk turut serta adalah satu langkah tidak profesional dan mencerminkan sikap tidak matang dalam menguruskan situasi bencana," katanya dalam kenyataan.


Menurut beliau, dalam situasi kecemasan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan amat penting untuk memastikan rakyat yang terkesan mendapat bantuan yang diperlukan tanpa sebarang gangguan.


Namun begitu, tempelaknya, halangan yang ditunjukkan seolah-olah wujud agenda politik sempit yang lebih mengutamakan kepentingan pihak tertentu berbanding kebajikan rakyat.


"Justeru, Pemuda AMANAH menyeru Kerajaan Negeri untuk menghormati prinsip federalisme dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan utama.


"Dalam menghadapi situasi bencana seperti ini, semangat kesepaduan dan kerjasama antara semua pihak adalah asas kepada keberkesanan tindakan bantuan," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page