top of page

Kes kemalangan maut Harimau Malaya meningkat, habitat terganggu



Peningkatan kes kemalangan maut di jalan raya membabitkan Harimau Malaya, spesies haiwan liar yang diancam kepupusan dengan enam ekor terkorban pada 2023 dan tahun ini menunjukkan habitat semula jadi hidupan tersebut telah terganggu.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Nik Nazmi Nik Ahmad berkata keadaan itu memaksa haiwan liar berkenaan keluar dari habitatnya namun lebih tragis apabila harimau itu turut diancam pemburu haram yang mencuri taring, kuku atau kulitnya.


"Dengan bilangan populasi yang dianggarkan kurang daripada 150 ekor, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) terus komited untuk melindungi dan memulihara Harimau Malaya bagi memastikan spesies ikonik yang menjadi simbol Jata Negara ini tidak pupus buat selama-lamanya," kata beliau dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu susulan insiden kemalangan jalan raya melibatkan seekor Harimau Malaya betina di Jalan Raya Timur-Barat Gerik, Perak pada 9 November lepas.


Nik Nazmi berkata, langkah tersebut selaras dengan pelaksanaan sembilan tindakan strategik luar biasa bagi konservasi Harimau Malaya yang telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 21 Jun 2021.


Beliau menegaskan kerajaan juga telah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] pada tahun 2022 antaranya bagi meningkatkan kadar hukuman dan penalti yang melibatkan kesalahan-kesalahan berkaitan hidupan liar.


"Mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya seperti Harimau Malaya, atau mana-mana bahagian atau terbitannya seperti gigi, tulang, kulit, lemak atau darah, apabila disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM150,000 bagi setiap hidupan liar atau bahagian atau terbitan hidupan liar itu dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun," katanya.


Nik Nazmi berkata komitmen tinggi kerajaan turut dizahirkan antaranya melalui penubuhan Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Konservasi Harimau Malaya (MyTTF), pengukuhan rondaan penguatkuasaan dan pengawalan oleh Renjer Komuniti dan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan penubuhan Biro Jenayah Hidupan Liar di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Beliau berkata jumlah Renjer Komuniti akan ditingkatkan kepada 2,500 pada tahun berbanding 1,000 pada 2023 dengan peruntukan sebanyak RM80 juta.


"Kerajaan juga mengukuhkan usaha dalam memastikan kelangsungan hidup Harimau Malaya melalui Insentif Kewangan bagi Konservasi Biodiversiti dan Hutan kepada negeri-negeri yang bermula pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.


"Di bawah Kerajaan MADANI, peruntukan ini telah ditingkatkan kepada RM150 juta pada 2023, RM200 juta pada tahun ini dan RM250 juta pada tahun hadapan," ujarnya.


Kerajaan Negeri juga digalakkan untuk mengukuhkan pemuliharaan habitat Harimau Malaya melalui skim akreditasi Jaminan Pemuliharaan Standard Harimau, katanya.


"Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia telah menubuhkan Unit Wildlife Cybercrime bagi menjalankan pemantauan dan pengumpulan maklumat aktiviti penjualan haram hidupan liar secara dalam talian," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page