top of page

Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong PM tidak dikosongkan



Kerusi 6 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak diisytiharkan kosong.


Hal itu didedahkan dalam sidang media yang dilakukan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen petang ini.


Menurut Muhyiddin, satu surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang diterima beliau menyatakan keputusan menolak permintaan dari parti tersebut untuk mengosongkan 6 kerusi Ahli Parlimen mereka yang berpaling tadah.


Sebelum ini, Bersatu telah menghantar surat kepada Speaker menyatakan keenam-enam Ahli Parlimen mereka Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) telah tidak lagi selari dengan pendirian Bersatu kerana menukar sokongan kepada PM Anwar.


Dalam surat Johari itu, sebagaimana dilihat wartawan Malaysiakini menyatakan peruntukan antilompat parti dalam Perlembagaan Persekutuan adalah bertujuan memastikan kestabilan politik.


Oleh itu, selepas mempertimbangkan segala keterangan dan testimoni, Johari memutuskan tiada keperluan anggota parlimen Bersatu mengosongkan kerusi kerana mereka masih dianggap sebagai pembangkang.


Untuk rekod, peraturan dalam parti Bersatu berkenaan Ahli Parlimen berpaling tadah hanya dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke 15.


Sedangkan dalam kebanyakan parti komponen Kerajaan Perpaduan misalnya, undang undang tubuh parti telah dipinda sebelum PRU sesuai dengan Akta Lompat Parti, dan Ahli Parlimen atau ADUN dikehendali membayar sejumlah besar amaun sekiranya mereka berpaling selepas memenangi kerusi di atas tiket parti yang disertai sebelum pilihanraya.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page