top of page

Kerjasama PETRA - MOSTI ruang tenaga boleh baharu



Tenaga boleh baharu atau tenaga hijau menjadi matlamat utama Kerajaan Madani dalam mengungguli pertumbuhan ekonomi era digital yang boleh menjadikan Malaysia negara peneraju di rantau Asia Tenggara.


Sehubungan itu, kelmarin Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Akmal Nasir telah mengunjungi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang bagi membincangkan secara mendalam berkenaan teknologi hijau yang sedang dibawa masuk ke Malaysia.


Menurut Lih Kang, teknologi nuklear bukan reaktor dan hidrogen merupakan sektor tenaga baharu yang bersih dan menjamin kelestarian alam sekitar yang pesat berkembang di negara maju.


"Mengadakan perbincangan tentang potensi kerjasama untuk pembangunan teknologi dalam ruang tenaga boleh baharu dan peralihan tenaga.


"Teknologi nuklear dan hidrogen antara contoh tenaga bersih yang boleh dikomersialkan dan dikembangkan penggunaannya dalam negara," katanya dalam catatan di Facebook.


Tambah Lih Kang, MOSTI komited dalam menyokong usaha peralihan tenaga melalui kerjasam pihak berkepentingan bagi mencapai misi net zero carbon menjelang 2050.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page