top of page

Kerjasama pembangunan semula Palestin libatkan M'sia, Jepun disambut baik



Inisiatif Jepun menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai 2025 yang melibatkan Malaysia disambut baik.


Menurut Pengerusi Kaukus Parlimen Asia Tenggara untuk Pembebasan Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh, persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong inisiatif berkenaan, dan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat menteri pula dijangka akan menjadi katalis yang menggerakkan negara negara Islam untuk membangunkan semula Palestin yang kelihatan tidak jelas hala tuju dan masa depan setelah dimusnahkan oleh senjata perang Israel.


"Kerjasama sedemikian meskipun pra-syaratnya ialah gencatan senjata dan penamatan perang, namun memberi isyarat optimistik bahawa kebijakan dan kerjasama antara negara tetap waras terkait pembelaan rakyat, kebebasan, keamanan dan keadilan sejagat.


"Sejajar dengan itu, saya berharap ASEAN dengan Malaysia sebagai Pengerusinya tahun ini, akan turut memainkan peranan lebih aktif sebagai jambatan penghubung antara Asia Tenggara, Asia dan Asia Barat demi keamanan, kestabilan serantau dan kebebasan ekonomi seperti yang dinyatakan oleh Ishiba, Perdana Menteri Jepun," katanya dalam kenyataan hari ini.


Pada masa sama, tegas Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia itu, inisiatif lebih tangkas amat wajar digerakkan untuk menyingkirkan negara pengganas Israel daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berikutan kekejaman genosid dan amalan aparteid ke atas rakyat Palestin.


Katanya, pelanggaran keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) dan resolusi Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu (PBB), serangan ke atas kakitangan PBB serta pengharaman aktiviti UNRWA di Lubnan oleh Israel perlu dipandang serius terutama dalam kalangan blok Barat yang menyokong rejim.


"Kekebalan negara pengganas Israel wajib ditembusi kerana hingga waktu ini, pembunuhan dan serangan ke atas Gaza, Lubnan dan Yaman masih berlaku setiap hari," katanya lagi.


Untuk rekod, Israel masih menyerang sekali sekala dan menduduki beberapa kawasan di Selatan Lubnan meskipun gencatan senjata telah dimulai.


Dalam masa sama tentera rejim menceroboh wilayah Syria dengan mengambil kesempatan pergolakan politik negara itu pasca tumbangnya rejim Bashar al Assad.


Israel juga masih tidak respons kepada cadangan gencatan sejata di Wilayah Gaza bagi memberi laluan kepada bantuan perubatan dan makanan yang lebih sistematis diberikan kepada rakyat Palestin.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page