top of page

Kerjasama parti peringkat nasional, tempatan penting dalam PRN Sabah


Mustapha (berbaju biru), diapit di sebelah kiri Peto Galim, sebelah kanan Razeef Rakimin

KEADILAN Sabah akan terus menggunakan pendekatan kerjasama di antara parti politik peringkat nasional dan tempatan (lokal) dalam strategi politik menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah yang dijangka diadakan pada tahun ini.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud, formula berkenaan penting bagi meneruskan pembangunan di Sabah.


"Bagi kami kerjasama parti nasional dan parti lokal itu yang paling penting di peringkat negeri ini. Negeri lain berbeza. Peringkat Sabah ini gabungan nasional dan lokal menjamin kejayaan di negeri.


"Kita sudah biasa bekerjasama," katanya menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media mingguan KEADILAN Sabah di Kota Kinabalu berhubung isu dimainkan sesetengah parti tempatan yang lebih bertumpu kepada politik Sabah semata mata.


Berkenaan pembahagian kerusi sesama komponen Pakatan Harapan, Pengerusi Jabatan Pilihanraya Negeri Sabah, Datuk Peto Galim pula berkata, masih ada 25 peratus kerusi belum diagihkan, meskipun tempoh tamat rundingan dijanjikan pada awal Januari 2025.


"75 peratus telah dibincangkan, ada 25 peratus lagi. Kenapa terlewat, walau sasaran kita akhir Disember atau awal bulan Januari?


"Pertama, kita ada musim perayaan. Kedua, kita sedang mengatur aktiviti parti masing masing dan mereka mereka memasukkan agenda perbincangan semua parti.


"Saya difahamkan kerusi kerusi ini memang menjadi rebutan, kerusi goreng pisang panas. Jika pihak PH di sini (Sabah) tidak boleh tentukan siapa yang akan bertanding, maka kita serahkan kepada Majlis Presiden untuk menyelesaikan," katanya.


Bagaimanapun kerusi yang dipertahankan, kata Peto, akan diterus ditandingi oleh calon semasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page