Kunjungan hormat Pengerusi Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) Kuala Lumpur, Datuk Azman Abidin ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur semalam diharap akan memantapkan kerjasama antara pertubuhan itu dan pihak polis.
Menurut satu kenyataan, dalam kunjungan berkenaan Azman disambut penuh mesra oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa bersama warga IPK KL yang turut hadir dalam pertemuan.
"Datuk Azman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sambutan mesra yang diberikan dan berharap kerjasama erat yang terjalin antara MCPF KL dan Warga Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan membawa impak positif kepada seluruh masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama yang erat dijangka dapat memperkukuh usaha-usaha pencegahan jenayah, sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan warga kota.
Comentarios