top of page

Kerjasama dengan Huawei, BYD laksana pembangunan pintar di Wilayah Persekutuan



Kerjasama dengan gergasi teknologi China seperti Huawei dan BYD dianggap penting bagi merealisasikan cita cita menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar.


Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, kunjungannya ke China ketika ini dilanjutkan dengan perbincangan dengan dua syarikat global terkemuka, Huawei Technologies Co. Ltd. dan BYD.


Kedua-dua syarikat tersebut, katanya, bukan sahaja memainkan peranan utama dan kemajuan teknologi di China, malah telah melebarkan sayap mereka ke seluruh dunia dengan teknologi awan, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian bandar pintar yang sangat relevan dengan usaha pembangunan Wilayah Persekutuan.


"Semasa lawatan ke Huawei Enterprise Business Von Neumann Exhibition Hall, saya ditunjukkan bagaimana teknologi Huawei digunakan dalam pelbagai industri di seluruh dunia. Antaranya termasuklah bandar pintar, pusat data awan, perkhidmatan awam, lapangan terbang pintar, inovasi bandar, perlombongan dan juga penyelesaian untuk sektor minyak dan gas.


"Saya juga ditunjukkan bagaimana satu platform beroperasi sebagai ‘otak’ yang memberikan satu ‘bird-eye’s view’ kepada kerajaan yang akhirnya boleh diperincikan kepada ‘data driven centralised decision making’.


Dr Zaliha bertemu wakil Huawei dan mengadakan perbincangan mengenai teknologi pintar

"Teknologi sebegini berpotensi untuk dilaksanakan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan ke arah kelestarian alam dan pewujudan bandar pintar, selaras dengan visi Bandar CHASE," katanya.


Dr Zaliha berkata, beliau turut dibawa melawat ke Smart Longgang District Council menyaksikan secara langsung bagaimana pengurusan sebuah bandar pintar dikendalikan melalui Pusat Operasi Bersepadu.


"Saya teringat kepada Putrajaya Command Centre (PCC) yang tidak kurang majunya.


"Walau bagaimanapun, ada potensi untuk kita bekerjasama bagi memastikan pengurusan perbandaran dengan menggunakan teknologi dalam pembuatan keputusan ini dilaksanakan secara optimum," kataya yang turut mengadakan perbincangan bersama pihak Huawei yang diketuai oleh Vice President of the Global Government Affairs Department, Wang Ke.


Dr Zaliha kemudian mengunjungi syarikat BYD, sebuah multinasional China yang diasaskan sejak tahun 1995 dan memfokuskan kepada kenderaan elektrik (EV) serta penyelesaian tenaga boleh diperbaharui.


Di Malaysia, BYD sedang bekerjasama dengan Sime Darby Motors dalam memperkenalkan EV di pasaran Malaysia.


"Dalam lawatan tersebut, saya diperkenalkan dengan model BYD Yanwang U8, sebuah kenderaan canggih yang kalis air dan mampu meredah air.


"Ini menunjukkan keupayaan teknologi tinggi oleh BYD. Selain itu, saya turut diberi penerangan mengenai BYD SkyShuttle, sebuah sistem transit bandar tanpa pemandu yang dikuasakan oleh elektrik.


"SkyShuttle ini juga membantu mengurangkan pelepasan karbon, selaras dengan usaha global untuk pengangkutan yang lebih lestari. Saya lihat, teknologi ini sekiranya diaplikasikan di Malaysia, khususnya di Wilayah Persekutuan, dapat meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat dalam masa yang sama menjadikan sistem pengangkutan awam kita lebih mesra alam," katanya lagi.


Tambah Ahli Parlimen Sekijang itu, lawatan tersebut telah memberikan beliau banyak inspirasi untuk meneroka dan memperluaskan kerjasama di antara Jabatan Wilayah Persekutuan dengan syarikat global seperti Huawei dan BYD dalam mencapai pembangunan mampan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page