Kerjasama di antara DAP, KEADILAN dan komponen di bawah Pakatan Harapan (PH) Sarawak diharap akan lebih mantap di bawah Pengerusi DAP Sarawak yang baharu, Chong Chieng Jen.
Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Roland Engan, dalam kenyataan selepas menghadiri konvensyen DAP Sarawak semalam.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Chong Chieng Jen kerana telah dilantik semula sebagai Pengerusi DAP Sarawak pada hari ini.
"Saya juga menghargai jemputan mesra DAP Sarawak untuk wakil KEADILAN Sarawak dan AMANAH Sarawak menghadiri konvensyen biasa hari ini.
"Ahmad Nazib (Timbalan MPN Sarawak), Ibil Jaya dan saya sendiri menghadiri konvensyen tersebut bagi pihak KEADILAN Sarawak hari ini.
"Saya ucapkan selamat maju jaya kepada DAP Sarawak di bawah kepimpinan mantap YB Chon," katanya dalam satu kenyataan.
Roland turut berharap DAP dan PH akan berusaha keras selepas ini untuk lebih memperjuangkan kepentingan semua rakyat Sarawak dan membawa aspirasi Kerajaan Madani ke akar umbi di segenap pelusuk negeri.
Comments