top of page

Kerjasama Bomba, Niosh perkukuh budaya keselamatan anti kebakaran



Oleh: Akmal Manaf


Jalinan kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuhkan budaya keselamatan dan kesiapsiagaan terhadap sebarang risiko kebakaran serta bahaya di tempat kerja.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, terdapat banyak aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang harus diselesaikan bersama bagi meminimumkan kes kebakaran dan kemalangan di tempat kerja, khususnya dalam sektor pembinaan dan pembangunan.


"Pada tahun lalu, rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengesahkan sebanyak 66, 574 kes bencana kerja berlaku di seluruh negara," maklum KPKT dalam satu kenyataan semalam memetik Kor Ming.


Dalam kenyataan sama, Nga berkata berdasarkan statisitk JBPM, anggaran nilai kerugian akibat kebakaran mencecah RM1.56 bilion dan ianya masih tinggi meskipun kadar tersebut telah menurun hampir 40 peratus berbanding dengan tahun terdahulu.


Katanya, pada tahun lalu, sebanyak 98 kes melibatkan kecederaan serta kecacatan anggota badan dan lima kes kematian dalam kalangan anggota semasa melaksanakan tugas, telah direkodkan.


''Kerjasama strategik antara agensi seperti JBPM dan NIOSH amat penting dalam merangka penyelesaian yang lebih berkesan bagi menghadapi cabaran-cabaran ini,'' ujar beliau lagi.


Terdahulu satu Nota Kerjasama telah ditandatangani oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts Nor Hisham Mohammad dan Pengarah Eksekutif NIOSH, Datuk Ayop Salleh.


Majlis tersebut turut disaksikan oleh Nga dan Menteri Sumber Manusia (KESUMA), Steven Sim Chee Keong.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page