top of page

Kerangka kawal selia media sosial boleh diakses bermula petang ini



Oleh: Abdullah Zaid


Soalan lazim FAQ berkaitan kerangka kawal selia baharu platform media sosial dan mekanisme pelesenan yang diterbitkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) boleh diakses bermula pukul 3 petang ini.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, butiran itu akan memperincikan maklumat dan penjelasan termasuk negara lain yang mengamalkan perlesenan seperti Malaysia.


Jelasnya, terbitan itu juga menjelaskan pihak tertentu yang perlu dirujuk pengguna berkaitan arahan dan isu-isu berkaitan.


"Saya difahamkan terjemahan sedang disiapkan dan diedarkan pada 3 petang.


"Kita memberi orang awam masa untuk meneliti FAQ itu yang mengandungi 21 perisian dan setebal sembilan atau sepuluh mukasurat," katanya selepas mesyuarat pasca mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.


Dalam pada itu, Fahmi turut menjelaskan cadangan perlesenan hanya kepada syarikat-syarikat platform dan bukan kepada pengguna sosial media.


"Saya ingin jelaskan perlesenan hanya terpakai kepada platform-platform media sosial, bukan kepada pengguna. Individu tidak perlu mendapatkan lesen," ujarnya.


Pada Sabtu lepas, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan kerangka kawal selia baharu untuk penggunaan Internet yang selamat oleh kanak-kanak dan keluarga pada 1 Ogos, dengan pelaksanaan dijadualkan pada 1 Januari 2025.


Di bawah kerangka baharu itu, perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet berdaftar di Malaysia mesti memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page