top of page

Kerakyatan: Tiada kumpulan diabaikan dalam pindaan Perlembagaan



Kerajaan tidak akan mengabaikan mana-mana kumpulan masyarakat dalam pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan mengenai kewarganegaraan yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat ketika ini.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan perkara itu ekoran kebimbangan timbul dalam kalangan orang asal, anak negeri serta pribumi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


"Orang asal, anak negeri dan pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan, kumpulan ini ditafsirkan dengan jelas adalah warganegara Malaysia secara kuat kuasa undang-undang.


"Ia dinyatakan dalam Perkara 160 dan Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan. Tak berbangkit apa jadi pindaan ini kepada status orang asal, anak pribumi Sabah dan Sarawak.


"Tentu ada prosesnya, kena ada sijil perkahwinan, kena ada bukti-bukti lain seperti mana yang diperlukan," katanya pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.


Saifuddin berkata, melalui pindaan tersebut kerajaan turut mahu mewujudkan keseimbangan membabitkan permohonan kerakyatan bagi anak yang dilahirkan oleh ibu bapa pemegang taraf penduduk tetap yang mempunyai dokumen perjalanan negara asing.


"Ibu dan bapa bertanggungjawab melaporkan kelahiran anak-anak mereka di kedutaan negara asal masing-masing agar mendapat taraf kewarganegaraan negara asal mereka.


"Pindaan pemberian kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang adalah bertujuan bagi mengelak anak-anak pemastautin tetap memiliki dua kewarganegaraan," katanya sambil menambah golongan tersebut melibatkan jumlah tujuh kali ganda berbanding pemegang taraf penduduk tetap yang lahir di Malaysia.


Jelasnya kategori kedua ialah pemegang penduduk tetap tiada dokumen yang merujuk kepada anak angkat tetapi tidak memohon kewarganegaraan.


Selain itu katanya, penduduk tetap yang lahir sebelum merdeka dan tidak pernah memiliki apa-apa dokumen atau ada di Malaysia sebelum 1963.


"Jumlah mereka ada lebih 30,000 dengan 10,000 daripada mereka memohon kewarganegaraan.


"Jadi kita nak selesaikan yang ini dahulu, hendak utamakan semasa gulung esok, kita nak beri jalan keluar kepada local born.


Jangan campur adukkan dengan pemegang penduduk tetap warga asing," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page