top of page

Kerajaan utamakan pendekatan inklusif, berhemah selesai isu agama



Pendekatan lebih inklusif dan berhikmah akan diutamakan dalam mencari jalan terbaik terhadap sebarang isu berkaitan agama Islam di negara ini


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yang dipimpinnya terus komited mengemukakan mesej Islam yang rahmah serta berorientasi keadilan dan ihsan seiring semangat Malaysia Madani.


"Saya percaya melalui muafakat dan perbincangan yang tuntas, kita boleh mencari banyak kesepakatan dalam menambah baik dan menguruskan urusan hal ehwal Islam di Malaysia," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.


Kenyataan itu menyusul sesi pertemuan dan musyawarah Perdana Menteri bersama para agamawan di Putrajaya.


Hadir dalam perbincangan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Dr Nooh Gadot, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah dan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh.


Turut hadir Mufti Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar, Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad dan Mufti Pahang Profesor Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim.


Pertemuan diadakan bagi bertukar pandangan mengenai pembangunan hal ehwal Islam serta isu semasa yang berkaitan di Malaysia.

0 comments

Bình luận


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page