top of page

Kerajaan umum pencen veteran ATM naik mulai Disember



Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen sebelum Januari 2013 akan menerima kenaikan pencen sebanyak 15 peratus.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kenaikan pencen itu susulan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bermula 1 Disember ini.


Sehubungan itu jelasnya, veteran terbabit akan menerima pelarasan pencen fasa pertama sebanyak lapan peratus Disember ini berdasarkan gaji akhir pada 2012 dan pelarasan pencen fasa kedua sebanyak tujuh peratus akan dilaksanakan pada awal tahun 2026


"Sekalipun kes (kenaikan pencen veteran berpencen sebelum Januari 2013) belum diputuskan di Mahkamah Rayuan, namun susulan pelaksanaan SSPA yang diumumkan kerajaan, pelarasan pencen kepada semua pesara termasuk veteran ATM akan dibuat.


"Di bawah pelarasan ini, veteran yang berpencen sebelum Januari 2013, turut akan menerima kenaikan sebanyak lapan dan tujuh peratus menjadikan keseluruhannya sebanyak 15 peratus.


"Hanya kerajaan Madani diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menyelesaikan isu penyelarasan yang berlanjutan sekian lama itu," katanya dipetik.


Mohamad Khaled berkata begitu pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2015 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page