top of page

Kerajaan tidak sembunyikan titah adendum - Lokman



Alasan Pas untuk meneruskan himpunan solidariti ke atas bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak pada esok kerana kononnya kerajaan telah menyembunyikan titah adendum (titah tambahan) daripada Yang di-Pertuan Agong ke 16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sehingga Najib telah ditahan secara salah adalah mengarut.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, Kerajaan Perpaduan sejak setahun lalu tidak pernah menyembunyikan titah adendum itu.


Katanya, Pas dan golongan yang tidak cermat sengaja tidak mahu faham bahawa titah tersebut telah ditafsirkan sebagai tidak sah oleh Peguam Negara sebelum ini, oleh itu pihak Najib telah membuat semakan kehakiman supaya mahkamah memutuskan sama ada titah itu boleh diterima atau tidak.


Malah, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh oleh pembangkang menyembunyikan titah tersebut adalah pihak yang mengetengahkan agenda pengampunan Najib pada waktu beliau memangku Menteri Wilayah Persekutuan. Sedangkan dalam mesyuarat itu hanya ada 10 agenda dan tiada satu pun berkenaan Najib.


"Kalau tak kerana usaha Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Azalina (Menteri Undang undang) yakinkan PMX, dan kalau tidak PMX memujuk Yang di-Pertuan Agong ke 16, agenda untuk mendengar permohonan dari Najib tiada langsung.


"Namun Lembaga Pengampunan (dalam keputusan) hanya beri kelegaan hukuman," katanya dalam siaran langsung Facebook semalam.


Kata Lokman, urutan peristiwa pada sehari sebelum Sultan Abdullah tamat tempoh jawatannya, baginda telah menitahkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berjumpa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bagi menunjukkan bahawa baginda telah mengeluarkan titah tambahan.


"Respon yang diterima dari Peguam Negara ialah keputusan (titah adendum) yang dibuat di luar Lembaga Pengampunan tidak sah.


"Ramai tuduh kita menyembunyikan, tetapi saya beritahu sudah setahun kita cerita titah itu wujud.


"Saya beritahu pada malam keputusan diterima, Datuk Zahid memanggil mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Pada malam itu kita dapat tahu titah adendum telah dikeluarkan.


"Malam itu juga dalam mesyuarat MKT telah dimaklumkan pada semua ahli MKT bahawa titah itu ditafsir oleh Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh (Peguam Negara) sebagai tidak sah kerana dibuat di luar Majlis Pengampunan.


"Itu sebab Najib memohon diadakan semakan kehakiman. Jika ada semakan ke mahkamah, titah adendum dikeluarkan dan boleh ditafsirkan mahkamah (sama ada sah atau tidak)," katanya lagi.


Oleh itu, kenyataan pemimpin pembangkang sebelum ini bahawa Kerajaan Perpaduan telah menyembunyikan titah tersebut tidak benar sama sekali, dan keperluan untuk mengadakan himpunan solidariti pada esok juga amat lemah, selain pihak Pas mahu menggunakan kesempatan itu bagi menarik sokongan penyokong Najib kepada mereka.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page