top of page

‘Kerajaan tidak sekat kebebasan bersuara, lebih baik dari era Mahathir’



Oleh: Abdullah Zaid


Tuduhan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kebebasan bersuara disekat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan adalah tidak benar.


Malah, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak menyekat atau menghalang Dr Mahathir daripada ‘bersuara’ atau hadir ke mana-mana acara.


"Kasihan Dr Mahathir, dia masih bebas bergerak, masih bebas untuk hadir, masih bebas untuk keluarkan kenyataan, jauh seperti langit dengan bumi zaman pentadbiran sekarang dengan zaman pentadbiran dia.


"Waktu itu saya masih ingat akhbar ditutup, orang yang berdemonstrasi di jalan raya dipukul, ditangkap, ditendang, dipenjara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Terdahulu, Dr Mahathir mengkritik kerajaan dengan mendakwa bahawa negara kini menyekat kebebasan bersuara.


Bahkan, dakwanya polis tidak bertindak apabila ada orang disimbah asid dan dipukul.


Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berkata, pentadbiran kerajaan sekarang jauh lebih baik berbanding era pentadbiran Dr Mahathir (1981 - 2003) sebelum ini.


"Saya sampaikan pandangan dan bukanlah tempat saya untuk menasihat beliau. 


"Cuba lihat balik zaman pentadbiran kuku besi Dr Mahathir dahulu. Pada ketika ini, 26 tahun dahulu," ujarnya mengimbau ulang tahun gerakan Reformasi yang menuntut perubahan menentang rejim Tun Mahathir bermula pada 2 September 1998, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page