top of page

Kerajaan tidak pernah sorok titah adendum - Fahmi



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan tidak menyembunyikan Titah Adendum Diraja ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam hal membenarkan beliau ditahan di rumah sebagaimana didakwa pembangkang.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, dokumen berkaitan Titah Adendum Diraja itu tidak pernah disorok oleh pihak kerajaan kerana ianya tidak pernah dilihat oleh Menteri Kabinet.


Di samping itu, ianya juga melibatkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan pada waktu ini hal tersebut telahpun dibawa ke mahkamah untuk mentafsirkannya.


"Dokumen yang dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok. Saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima, melihat atau dimaklumkan tentang dokumen tersebut.


"Oleh sebab perkara ini melibatkan Lembaga Pengampunan dan kita juga ambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan supaya kes ini dibawa semula ke Mahkamah Tinggi, maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat daripada Peguam Negara.


"Nasihat dan pandangan itu adalah tentang beberapa perkara yang (mana kerajaan) tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut," katanya dalam sidang media mingguan, di Putrajaya, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diajukan soalan oleh pemberita bahawa pihak pembangkang mahu penjelasan mengapa titah berkenaan kononnya disembunyikan oleh pihak kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page