top of page

Kerajaan tidak goyah sekalipun PN kemuka usul undi tidak percaya



Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan Kerajaan Perpaduan tidak akan goyah sekiranya Perikatan Nasional (PN) mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini amat kukuh dengan melebihi dua pertiga.


"Kerajaan Perpaduan ada 153 sokongan Ahli Parlimen iaitu melebihi dua pertiga, kerana dua pertiga adalah 148 kerusi.


"Pada masa sama, kita yakin solidariti yang ada dalam Kerajaan Perpaduan akan terus kukuh dan tidak goyang walau apa pun cubaan dilakukan oleh pihak pembangkang," katanya dipetik selepas menghadiri satu program di Kluang, Johor pada Ahad.


Terdahulu, Perdana Menteri mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.


Pada ucapan di Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia MADANI di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada Jumaat Anwar berkata, pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan bermain sentimen mengesanya 'turun' daripada jawatan itu.


Ia sebagai respon kepada gesaan beberapa perwakilan dan pimpinan Pas di Muktamar Tahunan ke-70 parti itu yang menuntut Anwar meletak jawatan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page