top of page

'Kerajaan tidak boleh paksa naik gaji swasta, Dasar Gaji Progresif cara terbaik'



Kritikan paling banyak terpapar di media sosial apabila kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam adalah mengapakah perkara sama tidak boleh dipraktikkan ke atas sektor swasta.


Menjelaskan perkara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, hal itu tidak boleh dilakukan oleh kerajaan berdasarkan amalan sistem ekonomi kapitalis di negara ini.


Katanya, gaji swasta ditentukan oleh majikan berdasarkan tahap keupayaan pekerja, perniagaan yang diceburi dan keuntungan syarikat.


Ujar Rafizi, kerajaan tidak boleh menentukan pekerjaan sama dibayar pada kadar gaji serupa oleh semua majikan kerana bukan semua perniagaan mencatat jumlah pendapatan yang sama banyak.


"Kerajaan boleh menetapkan gaji lantai untuk mengelakkan golongan pekerja dimanipulasi, agar pekerja tidak menjadi mangsa dibayar upah yang tidak berpatutan dengan kehendak hidup yang minima. Sebab itu dipanggil gaji minima.


"Tetapi setiap syarikat mempunyai pelbagai lapisan jawatan, kemahiran dan kelayakan yang berbeza-beza. Tangga gaji bagi pelbagai lapisan jawatan ini bergantung kepada kehendak pasaran, iaitu kemampuan syarikat-syarikat menjana pendapatan.


"Mustahil untuk ada undang-undang yang menetapkan gaji bagi setiap jenis pekerjaan, pada setiap peringkat kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang berbeza-beza. Ia (undang undang) juga mustahil untuk dikuatkuasakan kerana akan ada beratus ribu kombinasi jawatan dan tangga gaji mengikut industri yang berbeza dan kemahiran serta kelayakan yang berbeza.


"Itulah sebabnya tidak ada negara di dunia yang kerajaan boleh mengarahkan dan menetapkan tangga gaji swasta, kecuali negara komunis sepenuhnya," kata beliau dalam satu siaran media.


Menurut Rafizi, negara komunis moden pun tidak lagi mengamalkan dasar gaji sama rata untuk setiap industri dan telah berubah kepada sistem kapitalis yang mewajarkan persaingan sebagaimana diamalkan oleh China dan Vietnam.


Oleh itu, katanya, dasar yang diamalkan kerajaan sekarang seperti Perintah Gaji Minima dan Dasar Gaji Progresif adalah cara terbaik untuk memastikan rakyat mendapat tangga gaji yang sepadan dengan produktiviti.


"Sebab itu kerajaan memberi tumpuan kepada gabungan dasar yang saling melengkapi untuk mewujudkan satu pasaran kerja yang dinamik, agar gaji yang dibayar sektor swasta naik sepadan dengan nilai ekonomi yang dijana


"Perintah Gaji Minima (diwujudkan) untuk memastikan gaji lantai sentiasa naik mengikut kesesuaian, seterusnya mempengaruhi tangga gaji jawatan-jawatan yang lebih atas


"Manakala Dasar Gaji Progresif memberi galakan dan insentif kepada majikan dan pekerja untuk melonjakkan tangga gaji mengikut panduan gaji umum mengikut industri dan kemahiran," katanya merujuk kepada insentif gaji yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani melibatkan dana RM200 - RM300 bagi seorang pekerja diberikan ke sektor swasta selama setahun.


Buat netizen di media sosial, Rafizi berpesan untuk lebih banyak membaca perkembangan ekonomi dunia sebelum mengkritik polisi kerajaan.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page