top of page

Kerajaan tidak berhasrat mansuh Akta Rahsia Rasmi - Dr Zaliha



Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) walaupun Akta Kebebasan Maklumat digubal sebagai akta baharu.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menerusi jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen berkata, Akta 88 bakal dipinda selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) sebelum ini.


"Pindaan Akta 88 ini adalah untuk diharmonikan selaras dengan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat. Akta 88 ini tidak wajar dimansuhkan.

"Akta ini berperanan untuk menetapkan tatacara pengurusan dan perlindungan kepada rahsia rasmi kerajaan serta menetapkan hukuman atau penalti kepada mana-mana orang yang disyaki membocorkan rahsia rasmi kerajaan," katanya.


Ia sebagai jawapan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong yang mahu tahu apakah Akta 88 akan dimansuhkan apabila Akta Kebebasan Maklumat digubal kelak.


Sebagai rekod, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat adalah bertujuan meningkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan memberi setiap individu peluang mengakses maklumat berkenaan mana-mana kementerian, jabatan atau agensi kerajaan melalui permohonan yang dikemukakan.


Ia bagaimanapun terkecuali bagi maklumat tertentu seperti data peribadi dan maklumat yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara.


Sementara itu menurut Dr Zaliha, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat sedang dilaksanakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Manakala pindaan kepada Akta 88 ini sedang dilaksanakan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page