top of page

Kerajaan teruskan subsidi ubat-ubatan, kecualikan SST



Kerajaan masih terus mengekalkan subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM).


Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni di Dewan Rakyat pada Isnin berkata, langkah mengekalkan subsidi itu bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.


Sementara bagi pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan swasta pula, Kementerian Kesihatan KKM melalui www.pharmacy.gov.my menyediakan harga panduan bagi membantu rakyat mendapatkan maklumat harga serta membuat perbandingan.


"KKM meneliti inisiatif dan ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 3 Oktober 2023.


"Inisiatif ini dapat meningkatkan akses serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat perlu dibayar dan seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing," jelasnya.


Lukanisman sebelumnya menjawab pertanyaan seorang Ahli Parlimen yang mahu penjelasan berhubung ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal yang dikhuatiri akan membebankan keluarga pesakit.


"Dalam masa sama, ubat dan peranti perubatan juga adalah dikecualikan dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ," tambah Lukanisman.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page