top of page

Kerajaan teliti usaha tingkat manfaat hari tua pengamal media



Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa usaha untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya lebih banyak manfaat dapat dinikmati kumpulan media pada masa akan datang.


"Ia termasuklah apa cara dan mekanisme terbaik untuk kita laksanakan demi manfaat dan kebajikan pengamal media di negara ini nanti.


"Kita masih baru di peringkat permulaan walaupun kita sudah berjaya menguruskan isu Perkeso.


"Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan," katanya dipetik.


Fahmi berkata begitu kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa bertugas, pertengahan Jun lalu.

Sementara itu menurut Fahmi, hampir 600 orang pengamal media berkhidmat sebagai stringer (wartawan sambilan) serta Contract for Service dan Peacemeal (pekerja sambilan) untuk Stesen Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mula mendapat manfaat Perkeso sejak 1 Julai lalu.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page