Oleh: Abdullah Zaid
Kementerian Kesihatan memberi jaminan untuk meneliti semula klausa Generasi Penamat Rokok (GEG) sejurus Rang Undang-Undang (RUU) Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 mula dikuatkuasa.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan pada ketika ini menyedari wujud pelbagai pandangan dan pertikai berhubung pengguguran klausa tersebut dan bersedia mengkaji semula akta itu sekiranya isu berkaitan rokok tidak menunjukkan apa-apa kesan.
"KKM meluluskaan terlebih dahulu Rang Undang-Undang yang sangat komprehensif terhadap kawalan produk merokok, bahan-bahan merokok dan juga produk menganti perokok yang perlu dilaksanakan segera.
"Berkaitan GEG, terdapat pandangan dan pertikaian. Oleh itu, kerajaan akan memantau kesan Rang Undang-Undang kepada penurunan (perokok) dan jika ada keperluan itu, kita boleh bawa kembali (GEG)," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Justeru, katanya KKM akan terus memberi komitmen sebaik akta itu diluluskan selain KKM akan bekerjasama dengan semua agensi bagi memastikan tabiat meroskok dapat dibendung.
"Saya menyeru semua ahli parlimen berikan sokongan kepada RUU ini demi masa depan demi anak-anak kita," ujarnya lagi.
Untuk rekod, semalam, peruntukan berkaitan larangan penjualan produk tembakau dan rokok (GEG) serta larangan merokok digugurkan daripada RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
Tindakan tersebut dibuat susulan wujud percanggahan di bawah RUU itu dengan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia mewujudkan layanan undang-undang tidak sama rata antara seseorang yang lahir sebelum 1 Januari 2007 dan individu yang dilahirkan pada dan selepas tarikh sama.
Comments