top of page

Kerajaan teliti penambahbaikan kepada SKDS



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti semua asas permohonan dan rayuan berkaitan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, permohonan dan rayuan itu diangkat segera untuk pertimbangan Jawatankuasa Kelulusan Subsidi Diesel.


"Jawatankuasa ini dianggotai oleh KPDN, Kementerian Kewangan, Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.


"Jawatankuasa Rayuan akan mengemukakan syor bagi semua rayuan berkenaan untuk pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Menurut Arminzan, antara syor yang dikemukakan adalah untuk mempertimbangkan beberapa tambahan jenis kenderaan pengangkutan barangan dalam senarai layak menikmati subsidi diesel di bawah SKDS.

Selain itu, kuota asas sedia ada di bawah SKDS 1.0 akan ditingkatkan bagi jenis kenderaan pengangkutan awam seperti bas sekolah dan bas ekspres.


Terdahulu media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui mesyuarat kabinet yang diadakan semalam meminta supaya segala pelaksanaan program subsidi bersasar kepada kumpulan tertentu berjalan lancar.


Ia termasuk menyegerakan kelulusan permohonan fleet card bagi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) membabitkan 33 kategori pengangkutan awam darat dan kenderaan pengangkutan barangan.


Kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar bagi diesel sebagai langkah pembaharuan utama di bawah rangka kerja Ekonomi MADANI.


Berikutan itu, harga diesel di stesen minyak di Semenanjung diapungkan dan mengikut harga pasaran pada masa ini adalah RM3.35 seliter, dengan harga baharu pasaran diumumkan setiap minggu mengikut mekanisme sedia ada.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page