top of page

Kerajaan teliti isu pertindihan sistem pengurusan pekerja asing - Saifuddin



Kerajaan akan meneliti isu dua sistem pengurusan pekerja asing yang fungsinya didakwa bertindih.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai mengulas perkara yang didedahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Rabu lepas berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memantau dan meneliti dapatan PAC mengenai dua sistem pengurusan pekerja asing itu.


"Apa sahaja penemuan, termasuk oleh PAC, menjadi kewajipan kita untuk perbaiki amalan sekarang.


"Kita akan ikhtiar sedaya upaya tambah baik," katanya dipetik.


Saifuddin berkata begitu pada sidang media selepas menyempurnakan Larian Hari Polis di Dataran Putrajaya pada Sabtu.


PAC mendedahkan berlakunya pertindihan fungsi antara agensi dalam membangunkan sistem pengurusan pekerja asing.


Pertindihan fungsi antara Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) dan KDN.


Menurut PAC, sistem FWCMS didapati telah digunakan selama lebih kurang enam tahun tanpa kontrak muktamad, jelas melanggar peraturan kerajaan.


Selain itu, PAC turut mendapati wujudnya kelemahan dalam pengurusan kawalan ‘Pengenalan’ (ID) dalam sistem FWCMS apabila terdapat dua ID dipegang oleh bukan pegawai Kesuma.


Selain itu, terdapat juga 24 ‘pengguna yang tidak dibenarkan’ telah meluluskan 24 permohonan majikan, menurut jawatankuasa itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page