top of page

Kerajaan teliti cadangan haram penggunaan bahan asbestos



Cadangan bagi menghentikan sepenuhnya penggunaan bahan berasaskan asbestos sedang diteliti kerajaan.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bahan tersebut masih digunakan secara meluas di negara ini walaupun diketahui memberi risiko dan kesan negatif terhadap kesihatan manusia.


"Kita akan lihat dari segi bagaimana perkara ini dinilai atau diuruskan dalam bentuk perundangan dan dasar sedia ada, sekiranya ada jurang, mungkin perlu tambah baik," katanya dipetik.


Nik Nazmi yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa ditemui pemberita selepas melancarkan buku beliau berjudul ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’ di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Asbestos adalah bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser paru-paru. Pada tahun 2006, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyarankan semua negara di dunia mengharamkan penggunaan asbestos.


Setakat Oktober 2022 sebanyak 69 negara termasuk Finland, Itali, Jerman, Australia, Jepun dan Thailand telah mengharamkan penggunaan bahan tersebut.


Julai tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyerahkan memorandum kepada kerajaan mendesak pengharaman sepenuhnya semua bentuk asbestos, mengulangi gesaan sama yang telah mereka suarakan melalui memorandum yang dikemukakan pada Mei 2001.


Sementara itu Nik Nazmi memberitahu pemberita, ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page