top of page

Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan - PM



Kerajaan Madani bertekad untuk menoktahkan kemiskinan, kata Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata hasrat itu dilihat boleh dicapai melalui pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya.


"Kita serius menggubal Dasar Gaji Progresif yang membabitkan sektor swasta kerana ramai anak muda serta graduan bertanyakan apa nasib mereka.


"Sasaran gaji baharu sektor awam akan memberi mesej jelas kepada sektor swasta supaya mencatatkan keuntungan tinggi namun janganlah dengan meninggalkan peluang dan kedudukan pekerja, sama ada peringkat bawahan atau profesional," katanya dalam Perutusan Negara malam tadi.


Pada 1 Mei lalu Anwar mengumumkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang baharu akan membabitkan kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula 1 Disember tahun ini.


Baru-baru ini beliau menyatakan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk membantu mana-mana Kerajaan Negeri yang mahu mengikuti langkah tersebut dengan meningkatkan gaji penjawat awam di negeri masing-masing.

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page