top of page

Kerajaan tambah pewartaan kawasan Hutan Simpan Kekal



Oleh: Akmal Manaf


Keluasan hutan untuk menstabilkan iklim dan menjadi sumber oksigen amat penting bagi negara.


Oleh itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan kini mempergiatkan usaha ke arah mewartakan lebih banyak kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK).


Selain itu beliau berkata, pihaknya juga dalam usaha untuk mewartakan kawasan perlindungan dan pewartaan kawasan cadangan khususnya yang terletak dalam Central Forest Spine.


''Ini melibatkan pewartaan kawasan cadangan HSK dalam kawasan Central Forest Spine yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang Ke-81.


''Seterusnya kerajaan juga telah melaksanakan moratorium bagi menghentikan perluasan ladang hutan dalam HSK yang juga dipersetujui dalam kedua-dua mesyuarat tersebut,'' katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai komitmen kementerian dalam mengimbangi pelbagai keperluan untuk pembangunan, di samping memelihara kawasan hutan simpan di negara ini.


Jelas Nik Nazmi lagi, komitmen terakhir adalah pembangunan dan pengoperasian inisiaitif di bawah instrumen kerangka kewangan Red Plus menerusi agensi Malaysian Forest Fun (MFF) iaitu Forest Conservation Certificate dan pembangunan 'forest carbon offsets'.


Katanya, ia adalah bertujuan meningkatkan kerjasama dan sumbangan pihak swasta termasuk membangunkan sistem pasaran kredit karbon untuk melindungi hutan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page