top of page

Kerajaan tambah bantuan tiket penerbangan pelajar kepada RM400



Oleh: Akmal Manaf


Kerajaan bersetuju menambah jumlah bantuan subsidi tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam (UA) daripada RM300 kepada RM400 seorang mulai 1 Januari tahun depan.


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ikhtiar daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) itu bertujuan meringankan beban mahasiswa dari Labuan, Sabah, dan Sarawak.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif itu antara lain adalah untuk mengekang kenaikan harga tiket penerbangan yang kadangkala melambung secara tidak munasabah.


''Inisiatif ini melibatkan penerbangan dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung, dan juga Semenanjung ke sana.


''Cara ini sebenarnya dilakukan sebagai lambang keprihatinan kerajaan,'' katanya dalam ucaptama sempena Program FLYsiswa 2024, di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, hari ini.


Dalam perkembangan sama, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pada tahun depan pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mendapatkan maklumat pelajar lebih awal agar mahasiswa boleh membuat permohonan seawal Januari.


''Berbanding tahun ini, kita hanya boleh memohon pada Mei iaitu selepas mendapat semua maklumat daripada KPT.


''Dalam tempoh terdekat, kita dapat menebus e-voucher tersebut dan saudara-saudari boleh membeli tiket dan pulang pada bila-bila masa,'' katanya dalam ucapan beliau.


Untuk rekod, pelajar yang layak menerima subsidi tersebut adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di UA, Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah KPT serta Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page