top of page

Kerajaan setuju pinda: Tidak perlu mohon kebenaran lokasi perhimpunan aman



Kerajaan Madani bersetuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman pada sesi Dewan Rakyat akan datang, khususnya berhubung penganjur perlu mendapatkan kebenaran pemilik tempat yang bakal diadakan himpunan terlebih dahulu.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam Sesi Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) sama ada perlu dipinda Akta Perhimpunan Aman dan dibenarkan berhimpun tanpa memohon kebenaran penggunaan tapak di kawasan awam.


"Kerajaan bersetuju meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk memudahkan dan membantu perlaksanaan apa apa keputusan dari badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.


"Ini bermakna keperluan mendapat kelulusan tempat yang disebut dalam beberapa perkara itu akan dipinda dan diketepikan. Iaitu Seksyen 11 Akta 376, hendaklah memperoleh persetujuan pemunya atau pemilik tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang, dan ini akan dikeluarkan daripada peraturan.


"Kedua, yang diperlukan hanya untuk 'pemberitahuan' atau 'pemakluman' polis lima hari sebelum supaya polis boleh jaga keselamatan dan lalu lintas," katanya.


Dalam pada itu, PM juga mengumumkan beberapa siasatan sebelum ini termasuk siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah oleh mahasiswa dihentikan dan tidak akan diambil tindakan.


Begitu juga, katanya, mogok lapar dan tunjuk perasaan membantah Akta Sosma beberapa hari lalu, turut tidak akan diambil sebarang tindakan.


"Syaratnya hanya soal jenayah atau keselamatan, itu dibezakan. Yang dibenarkan hanya perhimpunan aman. Maknanya undang undang melibatkan (menghalang) bawa senjata atau anak anak kecil, itu terpakai," katanya.


Selain itu, PM juga mengumumkan moratorium terhadap sebarang siasatan terhadap pihak penganjur perhimpunan di bawah undang undang sedia ada sehingga Akta Perhimpunan Aman dipinda kelak.


"Walaupun pindaan undang undang mungkin dalam sesi akan datang, kita telah beri morotarium. Maknanya polis tidak akan mengguna pakai undang undang (sedia ada) itu dan memberi kelonggaran dengan maksud pemberitahuan lima hari sebelum supaya polis tahu di mana untuk menjaga keselamatan.


"Ini yang terbaik dari Kerajaan Madani yang mana belum pernah dibuat oleh kerajaan terdahulu," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page