top of page

Kerajaan setuju laksana VOP, kurangkan beban kontraktor



Kerajaan secara dasarnya bersetuju melaksanakan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor G1 yang terkesan kenaikan harga barangan binaan.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, keputusan yang diambil bagi meringankan beban kontraktor itu sedang dalam proses perbincangan antara Kementerian Kewangan (MOF) dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).


"Perbincangan dah bermula, insya-Allah...kita baru ada perbincangan minggu lepas, jadi bagi masa sikitlah. Kita faham semasa kita buat penyasaran subsidi diesel, mungkin ada sedikit kenaikan yang dirasakan oleh kontraktor untuk kos sedia ada.


"Bagi kontrak kerajaan, MOF sedang berbincang dengan KKR dan CIDB, kita akan perhalusi pelarasan VOP untuk diberi kepada kontrak yang sedia ada," katanya dipetik.


Amir Hamzah ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Transformasi G1: Cabaran Dan Hala Tuju Kontraktor G1 Dalam Menghadapi Era Masa Kini di Kuantan pada Sabtu.


Sementara itu jelasnya, senarai bahan binaan yang termasuk dalam VOP akan ditambah jika kenaikan harga dapat dijustifikasikan dan disahkan oleh CIDB.


"Kita tengok mana-mana bahan yang boleh dijustifikasikan. Kenapa ada kenaikan dan kalau ada kenaikan kita tengok kesan pada kontrak, kita tengok macam mana," tambahnya.


Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) berharap VOP dapat dikembalikan semula bagi mengimbangi kenaikan kos binaan sekitar 30 peratus susulan tindakan memperkenalkan subsidi diesel bersasar.

Antara bahan binaan yang sebelum ini termasuk dalam VOP ialah simen, batu bata dan dinding, kaca, batu baur, bahan siling serta bahan bumbung.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page