top of page

Kerajaan sembunyikan titah adendum: AMK akan buat laporan polis



Oleh: Akmal Manaf


Tuduhan melulu pembangkang kononnya Kerajaan menyembunyikan Titah Adendum Diraja berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak amat serius.


Menurut satu kenyataan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) memandang serius dakwaan beberapa individu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin kononnya kerajaan menyembunyikan kewujudan berkenaan yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.


Sehubungan itu, AMK berkata pihaknya akan membuat laporan polis bagi memastikan fitnah sedemikian tidak dibiarkan berleluasa dan untuk melindungi integriti institusi negara.


"Berhubung kenyataan tidak berasas yang dibuat individu tertentu seperti Hamzah Zainudin, Datuk Rosol Wahid, Wan Ahmad Fayhsal, Fadhli Shaari dan S Subramaniam kami memandang perkara ini sebagai cubaan untuk mencemarkan reputasi Perdana Menteri dan kerajaan.


"Kami memandang serius dakwaan berkenaan. Justeru, AMK di seluruh negara akan membuat laporan polis terhadap individu-individu tersebut.


"Sebagaimana dimaklumkan, dokumen adendum yang ditandatangani oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (YDPA ke-16), dan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Jabatan Penjara memendekkan tempoh hukuman penjara Datuk Seri Najib kepada 23 Ogos 2028 dan mengurangkan jumlah denda kepada RM50 juta," katanya dalam kenyataan.


AMK berkata, kerajaan melalui Jabatan Penjara hanya menjalankan tugas berdasarkan prosedur rasmi dan dokumen sah yang diterima daripada Lembaga Pengampunan bertarikh 29 Januari 2024.


"Selanjutnya apabila Pejabat Istana Pahang mengesahkan kewujudan titah Adendum itu, Jabatan Peguam Negara membenarkan pembuktian dokumen tersebut di mahkamah," kata kenyataan itu lagi.


Dalam laporan media semalam Hamzah menyifatkan adalah mustahil seorang Perdana Menteri tidak mengetahui tentang kewujudan titah tambahan itu.


Beliau mendakwa, keputusan Mahkamah Rayuan membuktikan terdapat pihak secara sengaja bertindak menyembunyikan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong dan mengkhianati prinsip berterus-terang yang sepatutnya dijunjung kerajaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page