top of page

Kerajaan Selangor teruskan program bantuan BINGKAS - Exco



Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) tahun depan dengan penambahbaikan bermula Jun 2026.


Exco kebajikan masyarakat Anfaal Saari berkata, kajian penambahbaikan itu sedang dibuat dan penerima yang layak dalam tempoh baharu bermula Julai lalu akan terus menerima manfaat RM300 sebulan selama dua tahun.


"Program BINGKAS tempoh baharu bermula Julai lalu dan berakhir dua tahun iaitu pada Jun 2026 atau mengikut kelulusan mulai Julai 2024.


"Setakat ini, ia akan diteruskan seperti biasa tahun depan dan cadangan penambahbaikan akan dilaksanakan selepas Jun 2026,” katanya dipetik.


BINGKAS merupakan satu daripada 46 skim terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang, yang menawarkan bantuan bulanan sebanyak RM300 selama dua tahun.


Bayaran bantuan berkenaan diagih menerusi aplikasi e-dompet Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi memudahkan penerima berbelanja.


Inisiatif tersebut ditambah baik daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan ke bawah, dengan peruntukan sebanyak RM108 juta oleh Kerajaan Negeri.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page