top of page

Kerajaan Selangor penentu sama ada PJD Link boleh dibina atau tidak



Oleh: Akmal Manaf


Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang pernah dibatalkan pembinaannya pada 2023 lalu apabila Kerajaan Selangor menolak permintaan menggunakan tanah di negeri itu bagi tujuan lebuhraya tersebut kini kembali semula kepada Kerajaan Negeri untuk memutuskannya apabila Kerajaan Persekutuan membenarkan pembinaan diteruskan dengan pindaan jajaran dan syarat lebih ketat.


Bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, kini ibarat 'bola' berada di kaki Kerajaan Selangor sama ada mahu meneruskan atau tidak pembinaan lebuhraya kontroversi berkenaan.


Perkara itu dinyatakan Chean Chung dalam sidang media beliau bersama dua lagi Ahli Parlimen di bangunan Parlimen hari ini.


"Bola sekarang berada di bawah Kerajaan Selangor untuk memutuskan bahawa projek ini akan dilaksanakan atau tidak.


"Menjelang Pilihan Raya Negeri (Ogos) tahun lalu, pimpinan-pimpinan Kerajaan Selangor telah berjanji akan membatalkan PJD Link.


"Sebarang percubaan untuk mendapatkan kelulusan melalui pindaan runcitan adalah satu penghinaan kepada pembuat dasar dan juga rakyat," katanya.


Dalam perkembangan sama, Pengarah Komunikasi KEADILAN itu menyifatkan sekarang ini merupakan peluang terbaik Kerajaan Selangor untuk menunaikan janji mereka kepada rakyat pada tahun lepas untuk membatalkan PJD Link.


Sementara itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan yang turut serta dalam sidang media berkata Kerajaan Madani perlu berani melakukan perubahan dasar agar projek projek yang menjejaskan kehidupan rakyat agar dijadikan lebih 'demokratik' yang mana masyarakat dibenarkan berkongsi perkembangan, memberi cadangan dan kesan daripada projek tersebut.


"Contohnya, kalau pendekatan daripada segi untuk meneruskan projek itu, kita perlu memastikan maklumat-maklumat itu diberikan secukupnya kepada warga yang terlibat untuk mereka tahu apa yang mereka akan dapat daripada projek ini," ujarnya.


Pada 17 April lalu, Jemaah Menteri memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan PJD Link.


Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat selepas pemegang konsesinya gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.


Terdahulu pada Julai 2023, Kerajaan Selangor tidak berhasrat meneruskan cadangan projek pembinaan PJD Link dan memutuskan membatalkan permohonan projek berkenaan.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan laporan penilaian impak dikemukakan terutama dari segi laporan impak sosial, pentadbiran Kerajaan Negeri tidak berpuas hati dengan pelan dikemukakan kerana tidak menepati syarat ditetapkan oleh kerajaan Selangor.


PJD Link dirancang sebagai lebuhraya berkembar empat lorong untuk dimulakan selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya Sprint, berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.


Ia akan dihubungkan dengan Petaling Jaya Utara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Pusat Bandar raya Petaling Jaya, Taman Dato Harun, Taman Medan Baru, Taman Sri Manja, Bandar Kinrara dan Technology Park Bukit Jalil.


Untuk rekod, PJD Link merupakan perjuangan total Pakatan Harapan yang menyokong penduduk Petaling Jaya yang enggan menerima projek berkenaan sejak ianya mula dicadangkan kurang sedekad lalu.


PJD Link mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri Persekutuan pada 12 November 2017. Cadangan kemudian dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020. cadangan selepas mendapat maklum balas penduduk Petaling jaya dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 12 November 2021.


Perjanjian konsesi antara kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional dan pemaju berkenaan ditandatangani pada 5 April 2022 sebelum diputuskan untuk tidak diteruskan pada era pemerintahan Kerajaan Perpaduan.


*Kredit foto: Jabatan Penerangan

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page