top of page

Kerajaan Selangor mahu kekal jadi destinasi utama pelabur - Exco



Kerajaan Negeri Selangor melaksana pelbagai inisiatif bagi mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan pelabur dan perniagaan global.


Exco Pelaburan dan Mobiliti Ng Sze Han berkata, bagi tujuan itu pihaknya kekal komited menarik pelaburan bernilai tinggi, mencipta peluang pekerjaan bergaji lumayan termasuk meningkatkan mutu pengangkutan awam di negeri itu.


Sepanjang 2024, sebanyak 50,222 potensi peluang pekerjaan diwujudkan, taburan 32 pusat data dengan 10 dalam pembinaan serta pembangunan Taman Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) terbesar di Asia Tenggara.


Selain itu jelasnya, pihaknya akan meningkatkan kecekapan Selangor Mobiliti bagi memastikan ia menjadi sistem pengangkutan awam lebih mesra pengguna untuk kesejahteraan rakyat sekaligus memastikan kesalinghubungan pengangkutan awam lebih menyeluruh.


"Ini termasuk pewujudan lapan zon projek rintis van transit atas permintaan (DRT) dari November 2023 hingga Julai lalu, penyediaan 166 bas percuma sejak 2018 hingga 2024 dan penyediaan 50 laluan bas percuma.


"Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama merealisasikan visi Selangor sebagai negeri pintar, lestari dan kompetitif di peringkat antarabangsa," katanya dipetik.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page