top of page

Kerajaan Selangor kekal larangan bukan Islam guna kalimah Allah



Kerajaan Negeri kekal dengan enakmen dan peraturan sedia ada yang melarang bukan Islam menggunakan kalimah Allah.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruidn Shari berkata Kerajaan Negeri menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama Islam negeri yang dizahirkan pada 23 Mac 2021, iaitu melarang penganut agama bukan Islam di negeri itu menggunakan kalimah Allah.


"Titah DYMM Tuanku sebagai Ketua Agama Islam Negeri Selangor bahawa penggunaan kalimah Allah di Selangor oleh penganut agama bukan Islam adalah dilarang.


"Ini selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur melawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014, serta fatwa yang diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010 berkaitan dengan perkara sama," kata Amirudin dalam kenyataan hari ini.


Berhubung isu penarikan rayuan Kementerian Dalam Negeri ke atas keputusan mahkamah dalam kes Jill Ireland yang dikatakan implikasinya sebagai membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah pula, MB Selangor maklum akan keputusan mahkamah tersebut yang tidak melibatkan hal hal keagamaan.


Katanya, dasar Kerajaan Persekutuan tidak berubah kerana kes mahkamah itu tidak memutuskan mengenai isu teologi.


"Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum penjelasan Kementerian Dalam Negeri dan perakuan berhubung enakmen negeri-negeri yang terkait dengan perkara ini dan menyatakan komitmen bahawa hak dan enakmen negeri khususnya yang melibatkan isu ini yang diperuntukkan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Pengawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam, 1988) akan terus dipertahankan.


"Ini bermaksud perkembangan ini tidak akan menjejaskan atau mengancam pendirian Kerajaan Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah," katanya.


Tegas Amirudin, Kerajaan Negeri akan terus melindungi kepentingan serta sensitiviti kepercayaan agama yang harus dihormati dan tidak menggugat keharmonian serta perpaduan yang telah dibina dan menjadi asas kepada Negeri Selangor Darul Ehsan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page