top of page

Kerajaan Selangor buktikan komitmen tingkat mutu pendidikan



Kerajaan Negeri Selangor telah menunjukkan komitmen untuk meningkatkan mutu pendidikan menerusi peruntukan tambahan bagi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diumum dalam Belanjawan Selangor 2025 .


Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata, pihaknya menghargai keprihatinan Kerajaan Negeri itu.


"Saya gembira dan menghargai keprihatinan Menteri Besar dan Kerajaan Negeri menerima cadangan Yayasan MBI untuk meluaskan program PTRS ke sekolah rendah tahun hadapan.


"PTRS terbukti berjaya membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meningkatkan keputusan akademik dan usaha ini akan diteruskan melalui RM10 juta yang disedia pada tahun hadapan," katanya dipetik laporan media.


Ahmad Azri sebelumnya hadir ke program Karnival Bola Sepak anjuran Yayasan MBI di padang Serene Heights, Semenyih.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2025 Jumaat lalu, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan tambahan RM3 juta untuk program percuma itu menjadikan peruntukan keseluruhannya sebanyak RM10 juta.


PTRS adalah bantuan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, matematik, matematik tambahan, sains dan sejarah untuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah.


Ia selari iltizam kerajaan negeri Selangor bagi memastikan kebajikan, kualiti hidup dan ekonomi rakyat di negeri itu terjamin.


Setakat ini seramai 130,000 pelajar tingkatan empat dan lima mengikuti pembelajaran percuma menerusi PTRS tahun ini.


Justeru menurut Ahmad Azri, PTRS yang akan dilaksana di peringkat sekolah rendah bakal memberi penekanan membantu pelajar yang gagal menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page